Header Ads

Manchester City belasah Liverpool 3-1

Manchester City meraih mata penuh ketika melayan Liverpool dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris. Skuad didikan Manuel Pellegrini itu menang dengan jaringan 3-1.

Kemenangan ini membuatkan City melonjak ke tangga ketiga carta liga dengan pungutan 6 mata daripada dua perlawanan. Sementara Liverpool kekal di tangga ke-9 carta liga dengan 3 mata.

Bermain di Etihad Stadium pada Selasa, City memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-41 melalui sepakan deras Steven Jovetic dari jarak dekat yang tidak mampu dihalang penjaga gol Simon Mignolet.

Di babak kedua, Liverpool tampil mengasak. Daniel Sturridge berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-48, namun jaringannya dibatalkan pengadil kerana sudah berada dalam posisi ofsaid.

City yang mula dapat mengimbangi permainan Liverpool akhirnya mengukuhkan kedudukan di minit ke-55 melalui Jovetic. Gol itu tercipta melalui permainan cantik David Silva, Jovetic, dan Samir Nasri menjadikan kedudukan 2-0.

Liverpool nyaris merapatkan jurang di minit ke-65, namun sayang, sepakan Sturridge dari jarak dekat berjaya ditepis penjaga gol City, Joe Hart dan memberi sepakan sudut buat Liverpool.

Empat minit kemudian, tuan rumah terus mengasak dan berjaya menghasilkan gol ketiga City melalui Sergio Aguero di minit ke-69 sekaligus membuatkan penyokong tuan rumah kembali bersorak.

Jaringan Aguero itu dilakukan selepas beberapa saat dimasukkan menggantikan Edin Dzeko apabila mendapatkan umpanan dari Jesus Navas sebelum dengan tenang melepaskan sepakan mendatar di kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Mignolet.

Ketinggalan tiga gol, pengurus Liverpool Brendan Rodgers memasukkan Emre Can dengan mengeluarkan Joe Allen di minit 74 dan Rickie Lambert pada minit ke-79 menggantikan Raheem Sterling. Pergantian ini membuahkan hasil di minit ke-83. Umpanan silang Sturridge yang ditanduk Lambert berjaya dihalang penjaga gol Hart, namun bola muntah dan mengena kaki Pablo Zabaleta sehingga masuk ke dalam gawang menjadikan jaringan 3-1.

Seminit kemudian, Lambert nyaris menambah gol untuk Liverpool. Bola liar Lambert apabila melepaskan tendangan ke arah gawang melepasi kawalan Hart, namun Fernandinho berjaya menghalang bola sambil menjatuhkan diri. Walaupun pengadil memberikan masa tambahan lima minit, namun tiada gol tambahan dijaringkan.

Senarai pemain

Manchester City: 1 J. Hart; 4 V. Kompany, 26 M. Demichelis, 22 G. Clichy, 5 P. Zabaleta; 6 Fernando, 42 Y. Toure; 8 S. Nasri, 21 David Silva (15 Jesús Navas, 65), 35 S. Jovetic (25 Fernandinho, 80); 10 E. Dzeko (16 Sergio Aguero, 69)

Liverpool: 22 S. Mignolet; 2 G. Johnson, 37 M. Skrtel, 6 D. Lovren, 18 Alberto Moreno; 8 S. Gerrard, 24 J. Allen (23 Emre Can, 75) 14 J. Henderson; 10 Philippe Coutinho (50 Lazar Markovic, 60), 31 R. Sterling (9 Rickie Lambert, 79), 15 D. Sturridge
Dikuasakan oleh Blogger.