Header Ads

Pesawat gagal mendarat kerana pengawal trafik tertidur

Pelik tapi benar. Sebuah pesawat penumpang China Eastern Airlines yang mula terbang rendah ketika menuju ke Lapangan Terbang Wuhan terpaksa membatalkan pendaratan kerana pengawal trafik udara tertidur.

Kejadian berlaku pada malam 8 Julai yang lalu.

Menurut laporan Pentadbiran Penerbangan Awam China yang dikeluarkan semalam, menyatakan anggota kru penerbangan China Eastern melakukan beberapa cubaan untuk meghubungi pengawal penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Tianhe Wuhan dan kesemua panggilan tidak dijawab.

Akibatnya, pesawat itu terpaksa naik semula ke ketinggian 900 meter dan mengelilingi lapangan terbang selama kira-kira 10 minit sebelum mendarat, kata laporan itu. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi.
Dikuasakan oleh Blogger.