Header Ads

Pesawat MH70 berhadapan masalah tekanan udara

Datuk Azharuddin
Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia, MAS terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA semalam ekoran berhadapan masalah tekanan udara yang dihadapinya selepas hampir sejam berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFP, pesawat terbabit yang dalam perjalanan ke Tokyo tidak dapat mengekalkan tekanan yang seimbang ketika penerbangan.

“Pesawat gagal untuk mengekalkan tekanan pada paras yang sepatutnya untuk keselesaan penumpang. Ia bukan satu masalah besar,” Azharuddin dipetik berkata.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan sebuah pesawat MAS, MH70 yang telah berlepas kira-kira 50 minit ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana masalah keselamatan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.50 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Narita.

Sebaik tiba kembali di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa penerbangan ke Tokyo terpaksa ditangguhkan pada jam 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

Menurut salah seorang penumpang, pengumuman tersebut telah dibuat oleh juruterbang.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.