Header Ads

Pesawat Thailand mendarat cemas di Bali, cermin kokpit pecah

Pesawat Thai Airways yang membawa 107 penumpang terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali apabila cermin tingkap kokpitnya pecah, semalam.

Kerosakan pesawat dilaporkan berlaku pada bahagian kaca kokpit dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam pesawat yang melakukan penerbangan ke Bangkok, Thailand dari Sydney, Australia itu.

"Pesawat yang membawa 107 penumpang mendarat di Bali pada pukul 4.52 semalam," jelas seorang jurucakap syarikat penerbangan TG476 seperti dipetik dari News.com.au, hari ini.

Sementara menurut laporan yang dipetik oleh Daily Mail, tingkap kokpit pesawat Boeing 747 yang pecah itu dikatakan telah menyebabkan penurunan tekanan kepada kabin pesawat. Namun tiada kecederaan berlaku dalam kejadian berkenaan.

Juruterbang pesawat, Ivtas Dejkunjorn berjaya mendaratkan pesawatnya dengan selamat di Bali. Penerbangan pesawat ke Bangkok itu ditunda pada Rabu sementara para penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang di Bali.
Dikuasakan oleh Blogger.