Header Ads

[Video] Pelancong cemas dikejar buaya

Apa yang dialami pelancong ini benar-benar mengerikan. Bagaimana tidak, ia berjaya berenang mengelakkan buaya besar mengejar ke arahnya.

[Tonton video adegan dikejar buaya di bawah artikel]

Saat cemas pelancong di Mexico mengelakkan maut itu telah menjadi buah mulut serta telah tersebar di dunia maya, lapor Phillipine News yang dipetik semalam.

Adegan cemas itu berlaku apabila pelancong berenang di Sian Ka'an, Mexico dan ianya telah dirakam oleh seorang jurukamera bernama Manuel Cerrara.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan pelancong muda itu dikejar buaya yang sedang dalam kelaparan. Pemuda berkenaan berenang dengan kelajuan maksima agar tidak menjadi mangsa reptilia besar itu.

Namun mangsa dapat menarik nafas lega apabila seseorang yang melihat kejadian berkenaan telah melemparkan benda berwarna putih dari jambatan bagi mengalihkan perhatian buaya besar itu.

Perhatian buaya itu berjaya dialihkan dari mengejar pelancong berkenaan. Buaya itu berhenti dan mencari sesuatu yang dilemparkan ke arahnya sementara mangsa berjaya berenang menjauhi buaya untuk menyelamatkan diri.

Melalui wawancara dengan Daily Mail, Manuel Cerrara mengatakan pelancong lelaki itu sangat beruntung. Kerana buaya yang ada di perairan itu memang kerap memakan pelancong dan nelayan. Mungkin itu membuatkan perhatian reptilia itu mudah dialihkan.

Menurut pengakuan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar tempat kejadian, perairan di sekitar Sian Ka'an memang terlalu berbahaya untuk berenang kerana buaya besar terlalu kerap muncul di kawasan berkenaan.

Dikuasakan oleh Blogger.