Zionis kembali serang Gaza
![]() |
Penduduk Gaza menyaksikan bom roket serangan udara tentera zionis mengakibatkan musnah bangunan apartmen pada awal Ogos lepas. |
Ini adalah ketegangan paling serius yang berlaku sejak Rabu lalu.
Serangan udara dilancarkan hanya selang beberapa minit selepas perdana menteri rejim Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak tentera untuk bertindak balas terhadap serangan roket yang didakwa mengena kawasan Beersheva.
Saksi di pihak Palestin berkata serangan udara disasarkan di bahagian Beit Lahiya di Maghazi dan Khan Yunis di Rafah.
Tiada sebarang laporan kematian atau kecederaan dilaporkan sehingga kini.
Begitu juga tiada pihak yang mengaku melancarkan serangan roket dari wilayah Palestin.
Gencatan senjata terbaharu ini sepatutnya tamat pada 2100 GMT (pukul 5 pagi waktu Malaysia).
Jumlah korban di pihak Palestin kini mencecah 2,016 orang manakala 10,196 lagi cedera sejak Israel melancar operasi ketenteraan yang bermula 8 Julai lalu.
sumber
Post a Comment