Header Ads

Zionis langgar gencatan senjata

Zionis Israel memang tidak boleh dipercayai. Pada Jumaat lepas, tentera zionis bersetuju dengan gencatan senjata bersama pejuang Hamas selama 72 jam atau 3 hari.

Dalam tempoh gencatan senjata, sepatutnya tidak ada serangan dilakukan oleh kedua-dua pihak, namun realitinya, Israel terus menggempur sejumlah wilayah di semenanjung Gaza, Palestin.

Zionis terus menerus melakukan serangan ke atas bangunan-bangunan tinggi di Gaza pada Sabtu. Dilaporkan serangan besar-besaran berkenaan berkaitan isu penculikan seorang tentera Israel oleh kumpulan pejuang Hamas.

Pemerintah Palestin menyatakan, selepas gencatan bersenjata disepakati, zionis Israel telah melakukan lebih dari 150 kali serangan udara semalam. Bangunan yang terkena letupan bom-bom tentera zionis di antaranya adalah sebuah kampus universiti Islam di Gaza.

Regim Israel juga menggempur Masjid Imam Al Shafei hingga rata dan ranap menyembah bumi. Sebuah rumah yang berdekatan dengan masjid turut hancur. Dalam serangan berkenaan, seorang ahli keluarga yang terdiri daripada 4 orang telah terbunuh.

Sementara itu di Khan Younis, sebelah barat bandar Gaza, beberapa penduduk melihat keajaiban berlaku bagaimana sebuah peluru berpandu torpedo regim Israel berdaya besar telah gagal meletup selepas jatuh di sekitar rumah mereka.

Sebulan sudah Israel melakukan siri serangan besar-besaran. Sudah lebih daripada 1,650 warga Palestin terbunuh, manakala 8,000 lain tercedera.

Tidak ada sekatan tegas atas pembunuhan bangsa Zionis itu. Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dilihat berlepas tangan dan seolah menyalahkan Hamas dengan meminta Hamas mengembalikan seorang anggota tentera Israel yang hilang.
Dikuasakan oleh Blogger.