Header Ads

6 mati helikopter tentera Mesir jatuh

Televisyen milik Kerajaan Mesir melaporkan, sebuah helikopter tentera jatuh di Fayoum, wilayah di sebelah barat daya Kaherah, pada Ahad.

Menurut jurucakap pihak tentera Mesir, enam anggota perkhidmatan tentera telah terbunuh dan seorang cedera apabila helikopter peninjau tentera itu terhempas akibat daripada 'kegagalan teknikal.'

Nahas berkenaan berlaku semenjak peristiwa terbunuh dua polis senior dalam letupan di pusat bandar Kaherah yang turut mencederakan ramai anggota polis lain.

Pihak pemerintah telah menuduh letupan berkenaan dilalukan oleh kumpulan penyokong Presiden Mohammed Morsi yang tidak suka rampasan kuasa oleh tentera Sisi tahun lepas.
Dikuasakan oleh Blogger.