Header Ads

AFC B-16: Malaysia tewaskan Thailand 1-0

Malaysia mula langkah kanan dalam kempen Kejohanan Kejuaraan AFC bawah 16 tahun (B-16) apabila menewaskan tuan rumah Thailand 1-0 di Stadium Muangthong di Bangkok, kelmarin.

Beraksi dalam kumpulan A, Malaysia yang diwakili Harimau Muda B-16 itu mendapat gol kemenangan menerusi pemain gantian, Muhammad Syazwan Salihin yang menjadi wira skuad negara apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih S. Balachandran,  menduduki tangga kedua kumpulan selepas Korea Selatan membenam Oman 3-1 pada perlawanan kumpulan sebelum itu.

Malaysia akan menentang Korea Selatan manakala Thailand berdepan dengan Oman pada perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Isnin (hari ini).

Kejohanan itu disertai 12 pasukan lain yang diletakkan dalam Kumpulan B,C dan D.Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Kali terakhir Malaysia layak ke kejohanan ini adalah pada 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi peringkat kumpulan.

Empat pasukan terbaik daripada kejohanan itu layak beraksi pada Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun yang bakal dihoskan oleh Chile, tahun depan.
Dikuasakan oleh Blogger.