Header Ads

Akhirnya Anwar akur?

Kemelut kerusi menteri besar Selangor dan pengganti TS Khalid Ibrahim hampir selesai. PKR telah menghantar tiga nama calon menteri besar Selangor kepada Istana Selangor.

Akhirnya Anwar Ibrahim tewas dalam percaturan dan permainan politik "jahat" PKR. Sultan dan Raja negeri negeri Melayu bukan batang kayu atau tunggul hidup.

Nama-nama yang dihantar oleh PKR ialah Wan Azizah, Azmi dan Dr Idris.

Kita tunggu dan lihat siapa yang Sultan perkenan. PAS pun hantar tiga nama juga atas akur arahan Istana dan Sultan Selangor.

Hanya DAP kita tidak ada maklumat, hanya pasti DAP hantar nama Wan Azizah kerana patuh kepada Anwar Ibrahim.

Apa pun krisis Selangor bermula dengan Langkah Kajang yang beracun dan ada udang disebalik batu sehingga membawa PKR menyingkir TS Khalid dari PKR.

Sesetengah pemerhati politik, krisis Selangor kemungkinan permainan Anwar Ibrahim sendiri sebagai timbal balik dengan UMNO dan BN bagi menyambung hayat politik Anwar Ibrahim. Dengan kata lain Anwar Ibrahim ada "GAME" untuk menyelamat Anwar Ibrahim sendiri.?

Oleh: Mohd Noor Awang
Dikuasakan oleh Blogger.