Header Ads

Andik Vermansah mahu sambung kontrak dengan Selangor

Pemain import Selangor dari Asia, Andik Vermansah bersedia menyambung kontraknya bersama skuad Selangor FA untuk satu musim lagi (musim 2015), lapor sebuah berita Indonesia.

"Tempoh kontrak saya dengan Selangor FA akan tamat pada Disember ini, tapi untuk (kontrak) seterusnya, saya akan lanjutkan," katanya penyerang dari Indonesia itu kepada Antara di Surabaya hari ini.

Ditemui ketika sesi pendaftaran pelajar di Fakulti Ekonomi Universitas dr Soetomo (Unitomo) Surabaya, Andik yang juga mahasiswa semester kelima itu, mengaku ada suara-suara konon dia akan menyertai kelab di Australia.

"Tapi, perkara berkenaan sekadar percakapan sahaja, kerana kebetulan di sana (Australia) sedang berlaku pemilihan pemain kelab dan mengaku nama beliau ada diwar-warkan di sana.

"Sekadar itu sahaja, tapi Komitmen saya tetap bersama Selangor FA," kata Andik.

Apabila ditanya kemungkinan kembali menyertai pasukan dari Indonesia, bekas penyerang kelab Persebaya (2005-2010) itu secara diplomatik berkata beliau masih di bawah kontrak dengan Selangor FA.

"Saya belum fikir itu (menyertai kelab Indonesia), tetapi saya amat berterima kasih, apa yang saya capai hari ini sebenarnya banyak motivasi daripada ibu bapa yang menggalakkan saya untuk mempunyai keazaman yang kuat," kata Andik.

Malah beliau bangga kerana, dia kini menyertai kelab luar negara, iaitu Selangor FA Malaysia.

"Orang pun tahu bahawa saya dari Indonesia," kata Andik ketika sempat memberi motivasi kepada ratusan pelajar di kampusnya itu.-warkahdaily
Dikuasakan oleh Blogger.