Header Ads

Apple dedah jam tangan pintar, dua iPhone baru

Teka-teki kemunculan produk terbaru keluaran gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, kini terjawab apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook telah pun mengumumkan dua model iPhone 6 di samping turut ditawarkan bersama-sama peranti jam tangan pintar (smartwatch) pertama mereka di California, semalam.

Seperti yang dijangkakan, syarikat itu mengumumkan dua iPhone baru dengan skrin 4.7 dan 5.5 inci, meningkat 4 inci berbanding model yang dikeluarkan tahun lepas. Ia dikenali sebagai iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, didatangkan dengan paparan yang lebih jelas, hayat bateri yang lebih lama dan kamera yang lebih baik selain beberapa kelebihan lain yang akan diperkenalkan kemudian. Dilaporkan apple akan mula memasarkan iphone 6 pada 19 September.

Dilancarkan pada waktu yang sama, Apple turut memperkenalkan produk serba baru mereka, jam tangan pintar (smartwatch) yang akan digandingkan dengan iPhone terbaru.

Smartwatch ini merupakan peranti boleh dipakai (wearable device) pertama dari Apple sekaligus produk pertama Tim Cook sejak mengambil alih syarikat tiga tahun lepas.

Menurut Apple, pengecasan bateri smartwatch berkenaan menggunakan teknologi magnet, dengan aplikasi memantau kesihatan pengguna. Selain ia juga berfungsi sebagai jam tangan smartwatch, dengan skrin yang boleh berubah.

Apple mengumumkan jam pintar ini akan dijual dalam tiga versi termasuk model sports dan edisi "Apple Watch Edition" yang bersadur emas 16 karat dan ia dikeluarkan dengan dua saiz.

Akan ada banyak aplikasi baru yang hanya terdapat pada 'Apple Watch', termasuk ciri-ciri dari 'Starwood Hotel' yang berfungsi boleh membuka pintu bilik.

Jam pintar ini berfungsi jika bersama iPhone dan juga boleh beroperasi dengan iPhone keluaran sebelum ini, iPhone 5, 5C dan 5S.

Menurut Apple, smartwatch ini akan menemui pengguna pada awal tahun 2015 dengan permulaan sekitar USD349 (RM1,118) seunit.

"Ia (smartwatch) sangat berbaloi untuk menunggu," kata Cook.

Walaupun begitu, berbeza dengan pesaing, Apple sedikit terkebelakang berbanding Samsung, Motorola, LG dan beberapa pengeluar lain yang telah pun melancar dan sudah memasuki pasaran.-warkahdaily
Dikuasakan oleh Blogger.