Header Ads

Ashraf Ghani dilantik presiden baru Afghanistan

Ashraf Ghani Ahmadzai secara rasmi telah dilantik sebagai presiden Afghanistan yang kedua sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2001, menggantikan Hamid Karzai, semalam. Proses peralihan kuasa itu dilaporkan pertama kali berlangsung secara aman.

Ashraf Ghani dilahirkan dari keluarga yang berpengaruh pada 1949 dan membesar di Wilayah Logar. Beliau adalah lulusan dari kuliah di American University di Beirut, Lubnan dan kembali ke Afghanistan pada 1974 mengajar antropologi di Kabul University.

Dia mendapat ijazah master dan PhD dari Columbia University di New York, sebelum menyertai Bank Dunia pada tahun 1991, dan selepas pencerobohan AS pada tahun 2001 Ashraf Ghani dilantik sebagai penasihat khas untuk Lakhdar Brahimi, utusan khas Setiausaha Agung PBB di Afghanistan. Dalam tugasnya itu, dia membantu pembentukan 'road map' bagi pemerintahan peralihan.

Dalam upacara pelantikannya semalam, Ashraf Ghani turut memperkenalkan isterinya kepada masyarakat, berbeza dengan Hamid Karzai yang tidak pernah mengajak isterinya ke acara umum.
Dikuasakan oleh Blogger.