Header Ads

Awas! Jutaan akaun Gmail bocor

Hampir lima juta data akaun Google (4.9 juta) id pengguna beserta kata laluan (password) telah disebarkan dalam sebuah forum keselamatan Bitcoin berbahasa Rusia.

Sebuah laporan daripada International Business Times, bahawa akaun yang datanya bocor tersebut adalah akaun pengguna Google berbahasa Inggeris, Sepanyol serta Rusia.

Menurut pihak yang memuat naik data berkenaan, 60 peratus daripada akaun tersebut adalah akaun yang masih aktif.

Jutaan pengguna Gmail diminta untuk menukar kata kunci mereka selepas berjuta-juta password tersebut tersebar di internet.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Business Times, Google menyatakan bahawa pihaknya tidak kebocoran data terhadap sistem mereka.

"Keselamatan maklumat pengguna adalah keutamaan bagi kami," demikian kenyataan bertulis Google.

Syarikat berkenaan menyatakan bahawa jika akaun pengguna telah diceroboh, maka Google akan bertindak membantu pengguna mendapatkan akaun mereka kembali.

Pengguna diminta untuk mengaktifkan dua langkah pengesahan ketika login dalam akaun serta membuat kata laluan yang sukar untuk ditembusi (diceroboh).

Menurut pejabat berita Rusia RIA Novosti, kebocoran ini adalah susulan daripada pencerobohan email Rusia sebelumnya. Beberapa juta email yang berpusat di Rusia yang telah dibocorkan sebelumnya sudah dimuat naik di laman forum keselamatan Bitcoin tersebut.
Dikuasakan oleh Blogger.