Header Ads

Azmin sah MB baru Selangor

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungiMalaysiakini,mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Sementara itu, Munir dipetik oleh Bernama sebagai berkata pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Azmin dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketika ditanya mengenai surat pelantikan itu yang tersebar di mediasosial, Mohamad Munir berkata perkara itu berada di luar kawalan pihaknya.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Azmin telah selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kira-kira jam 7.30 malam ini di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.Azmin kemudiannya pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.