Header Ads

Bandar Kajang dilanda banjir kilat

Hujan lebat yang berterusan hampir dua jam mengakibatkan bandar Kajang dilanda banjir kilat petang semalam.

Dilaporkan hujan lebat yang berterusan sekitar jam 2 petang menyebabkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah naik je jalan.

Menurut pengguna laman sosial Facebook yang menyaksikan kejadian banjir berkenaan, banyak kenderaan telah terperangkap dalam banjir manakala pemilik premis yang dinaiki air terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka lebih awal.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, air banjir kembali surut sekitar jam 6.30 petang.

Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, di Bukit Jelutong Shah Alam, angin kencang yang mengiringi hujan lebat dan ribut petir kira-kira jam 2 petang mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang menghalang jalan utama.

Bomba terpaksa dipanggil untuk memotong pokok yang tumbang dan membersihkan laluan selepas hujan reda hampir tiga jam kemudian.

Sebuah kenderaan dilaporkan rosak teruk apabila bumbung sebuah bangunan di Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam roboh dan menimpa sebuah kenderaan yang di parkir.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.