Header Ads

Berita kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

Bernama melaporkan, JPA dalam kenyataan di ibunegara memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang tersebar itu menyatakan Perdana Menteri telah mengumumkan penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1,000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.

Dikatakan juga bahawa kerajaan akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.