Header Ads

BNM kekal OPR 3.25 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

Mengikut BNM, walaupun ekonomi global terus berkembang pada kadar yang sederhana dan prestasi pertumbuhan di negara maju tidak sekata, ada tanda lebih meluas keadaan sudah bertambah baik di beberapa ekonomi utama.

Di Asia, pertumbuhan disokong oleh pengembangan permintaan dalam negeri yang berterusan dan persekitaran luaran yang bertambah baik. Dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa secara relatif kekal stabil.

Bagi Malaysia, aktiviti ekonomi disokong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri dan eksport yang berterusan. Pada masa hadapan, permintaan dalam negeri dijangka menjadi sederhana namun kekal sebagai pemacu pertumbuhan yang utama.

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 10 Julai, menjadikan kenaikan kadar faedah pertama oleh bank pusat sejak Mei 2011.

OPR kekal tidak berubah pada 3.0 peratus selama 18 kali MPC, setelah prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia agak kukuh dan inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.