Header Ads

Boikot: Ahmad Said tidak hadir sidang DUN

Desas desus konon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kijal, yang juga mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa orang lagi ADUN akan memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali kedua semalam terjawab apabila Ahmad tidak hadir ke sidang berkenaan namun didakwa bukan kerana boikot.

Speaker Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong dilaporkan telah menerima notis ketidakhadiran Ahmad ke Sidang DUN hari ini (semalam) dengan alasan yang munasabah namun tidak disebut alasan ADUN berkenaan.

Menurut Mohd Zubir, Ahmad ada menghantar notis itu seminggu sebelum Sidang DUN berlangsung dengan menyatakan alasan kukuh dan munasabah yang pasti boleh diterima Speaker DUN.

“Perjalanan sidang DUN hari ini (Selasa) dengan kehadiran 31 Adun dan 1 Adun dimaafkan (ketidakhadirannya), (sidang DUN) berjalan baik seperti yang dirancang,” katanya selepas sesi perbahasan Sidang DUN.

Sebelum ini, ada beberapa media sosial telah menyebar bahawa ADUN Kijal itu akan memboikot sidang DUN kali ini bersama-sama beberapa ADUN yang lain konon bagi 'membalas' ataa tindakan Ahmad tersingkir daripada kerusi Menteri Besar baru-baru ini.

Namun, desas desus itu terjawab ianya tidak berlaku dan speaker memberitahu hanya Ahmad yang tidak hadir dengan alasan munasabah.

Walaupun begitu, apakah tindakan boikot itu hanya khabar angin atau hanya menunggu masa yang sesuai oleh 'team' Ahmad yang mungkin rasa tercabar selepas kontroversi cara penyingkiran mantan MB yang terkenal dengan 'nelang' dengan cara yang memalukan.
Dikuasakan oleh Blogger.