Header Ads

Calon exco dari PAS telah diserah kepada Azmin

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu telah menyerahkan senarai nama calon exco PAS kepada Menteri Besar Azmin Ali untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor.

Mustafa berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memilih nama calon exco itu selepas PAS Selangor menyerah mandat kepada PAS pusat berbuat demikian, lapor Harakahdaily.

Bagaimanapun dalam laporan itu juga menyebut, Mustafa enggan mendedahkan jumlah dan nama calon exco tersebut dan yakin "tiada perubahan besar berlaku".

"Pihak Presiden PAS sudah serahkan nama-nama tersebut kepada Menteri Besar malam tadi.

"Saya tiada masalah jika keempat-empat exco kita sebelum ini dikekalkan," katanya seperti yang dilapor portal berita itu.

Empat exco PAS itu sebelum ini Iskandar A Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.
Dikuasakan oleh Blogger.