Header Ads

Chong Wei tewas kepada Lin Dan di separuh akhir

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas 20-22, 21-12, 9-21 kepada musuh tradisinya dari negara tembok besar China, Lin Dan dalam pertemuan separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di Gimnasium Gyeyang, Incheon, Korea Selatan, hari ini.

Lin Dan terbukti terlalu bagus untuk Chong Wei, walaupun tewas di set kedua, 12-21, namun kembali yakin dengan kemenangan mudah di set ketiga 21-9 selepas menang di set pertama 22-20.

Kali terakhir Chong Wei mengatasi Lin Dan adalah dalam perlawanan akhir Terbuka Korea 2012. Semenjak itu, Chong Wei tewas dalam semua pertemuan terakhir mereka.

Dengan kemenangan hari ini, juara 5 kali dunia, Lin Dan unggul dengan kemenangan kali yang ke 23 berbanding 9 kemenangan untuk Chong Wei dalam rekod pertemuan mereka sebelum ini.

Dalam kejohanan sama empat tahun lepas, pemain nombor satu dunia itu kalah kepada jaguh China, Lin Dan dalam aksi perlawanan akhir penentuan emas di Guangzhou, China.
Dikuasakan oleh Blogger.