Header Ads

Dakwaan PAS mahu gabung dengan Umno adalah api fitnah

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno sepertimana tohmahan sebelum ini.

Tohmahan tersebut, kata beliau merupakan api fitnah yang dicetus mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat," tegas beliau di hadapan para perwakilan ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros, Batu Pahat pagi semalam.
Dikuasakan oleh Blogger.