Header Ads

DAP jangan campuri urusan PAS

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberi nasihat kepada parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat supaya menghormati prinsip dan sempadan dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Pengkalan Kubor, Tuan Ibrahim berkata parti lain tidak seharusnya mencampuri urusan dalam PAS.

Teguran itu dibuat berikutan satu tulisan daripada Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dalam laman sosial facebooknya yang menggelar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebangai 'nyanyuk'.

Tulisan Pua itu berikutan "kritikan" Presiden PAS terhadap dua wakil rakyatnya yang tidak taat kepada pemimpin parti itu dalam ucapan penggulungan di muktamarnya baru-baru ini.

"Saya hormati prinsip rakan pakatan. Dalam parti kita minta supaya jaga batas sempadan parti kita. Kita tak perlu mencampuri urusan parti lain dan tak perlu nak komen pimpinan parti lain.

"Hubungan kita ini ada masa, perlu jaga batas dan sempadan politik parti masing-masing. Tak perlu campur urusan parti lain. Kadang-kadang kita tak faham apa maksud sebenar seseorang itu. Kita perlu dengar keseluruhan ucapan," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.