Header Ads

Dua jet Amerika jatuh di lautan Pasifik

Jet tempur F/A-18C Hornets.
Dua jet tempur Amerika Syarikat (AS) jenis F / A-18C Hornets jatuh di lautan Pasifik ketika sedang menjalani latihan rutin pada Jumaat, lapor berita BBC.

Dilaporkan seorang juruterbang berjaya ditemui namun dalam keadaan kritikal dan berada dalam perhatian pasukan perubatan sedangkan seorang lagi juruterbang masih belum ditemui.

Dua kapal perang dan sejumlah helikopter dikerahkan untuk mencari juruterbang yang hilang.

Kedua-dua jet berkenaan masing-masing bernilai US$ 57 juta yang merupakan sebahagian dari kapal induk USS Carl Vinson.

Angkatan laut AS menyatakan punca kemalangan belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Dua pesawat berkenaan dilaporkan dalam melakukan tugasan bersama antara skuadron 94 dan 113 dalam menerokai kawasan yang melangkaui sempadan antarabangsa hingga sempadan India dan Pakistan.
Dikuasakan oleh Blogger.