Header Ads

[Gambar] Proton Iriz, moden dan jimat bahan api


Mampukah proton Iriz mengatasi Myvi yang sudah cukup lama bertahta didalam segmen ini?
Proton Holdings Bhd (Proton) kembali menceriakan dunia automotif selepas mula menayangkan gambar model terbarunya yang dikatakan akan dipasarkan dalam masa terdekat pada tahun ini.

Model kompak (segmen B) Proton itu bakal dikenali dengan nama Proton 'Iriz', dicipta bagi penjimatan bahan api dan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang terbaik selain ianya ditawarkan pada harga mampu milik.

Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Enjin, Transmisi dan Ekonomi bahan api
  • Enjin VVT – Enjin VVT (Variable Valve Timing) baru Proton ini boleh didapati dalam size 1.3L dan juga 1.6L, menggantikan keluarga enjin Campro yang sudah berjasa sekian lama. Diharapkan enjin ini betul-betul memberikan apa yang rakyat perlukan, iaitu ekonomi bahan api yang mantap.
  • Vehicle Dynamic Control – Semua dalam satu. VDC Proton merangkumi ABS, EBD, TCS, ESH, HBA dan HHA.
  • Transmisi – Manual 5 kelajuan MT+ atau Automatik CTV2+
  • Smart Alternator – Sistem pengecasan Alternator pintar berupaya mengawal output alternator untuk memastikan bateri sedang dicas dengan cekap dan hanya apabila diperlukan, mengurangkan emisi dan meningkatkan prestasi.

Selain itu, model berkenaan turut dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini.

Proton Iriz dibangunkan menerusi platform terkini menggunakan enjin terbaharu VVT berkapasiti 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Model berkenaan turut menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.

Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada Iriz adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.

Iriz juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.

Ruangan kabin

Papan pemuka kelihatan material tekstur seolah-olah daripada plastik disamping turut dimuatkan skrin sesentuh yang bertindak sebagai sistem infotainment yang dipadankan empat ikon sebagai fungsi Navigasi, Radio, Media dan Bluetooth. Selain itu, skrin sesentuh juga berfungsi sebagai paparan kamera undur. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin seperti suprima S (mungkin untuk varian premium).

Interior dan Keselamatan
  • Interior serba hitam yang kelihatan eksklusif
  • Butang start/stop enjin
  • Vehicle Dynamic Control
  • Enam airbags (dua di hadapan, sisi , “langsir”)
  • ASEAN NCAP 5 bintang – Seperti Proton Suprima S sebelum ini, Proton Iriz juga telah mendapat menarafan 5 bintang dalam ujian Asean NCAP dan ANCAP (Australia).

Berdasarkan gambar yang ditayangkan, ruang kabin Iriz kelihatan seperti dilengkapi dengan enam beg udara (kemungkinan besar untuk varian spesifikasi tertinggi). Menempatkan lima tempat duduk dan kelihatan tempat duduk belakang boleh dilipat secara 60:40. Selain itu, kelihatan tuil gearnya ditempatkan berhampiran dengan papan pemuka dan juga terdapat dua pemegang cawan serta tuil brek tangan.


Skrin sesentuh turut dipaparkan dengan empat ikon iaitu Navigasi, Radio, Media dan Bluetooth.

Bukan itu sahaja, Proton tetap mahu menerapkan aspek keselamatan yang berbaloi untuk model terbaharu keluarannya. Bagi model yang dikenali Iriz ini, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC). Malah ia dikatakan telah menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian pelanggaran daripada ANCAP.

Infotainment, Navigasi dan Kamera Undur.
  • Skrin sesentuh – Kelihatan lebih kemas dan mudah. Agak berlainan daripada sistem infotainment yang terdapat dalam Proton Suprima S
  • Keupayaan sambungan Bluetooth dan USB
  • Keupayaan WiFi hotspot
  • Navigasi satelit – Navigasi tanpa internet
  • Kamera undur dengan kotak panduan – Kamera baru ini kelihatan lebih baik daripada kamera undur model Proton sebelum ini.

Model Iriz ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro enjin baharu Proton ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.

Gambar model baru Proton “Iriz” 2014. [Klik gambar untuk zoom atau paparan lebih jelas]

Dikuasakan oleh Blogger.