Header Ads

Imej 3D dasar laut kawasan 'pendaratan terakhir' Malaysia Airlines MH370?

Sebuah badan dari Australia yang mengawasi urusan pencarian jejak pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah mengeluarkan satu imej tiga dimensi dari dasar laut Lautan Hindi. Ia diyakini menjadi tempat (point) terakhir bagi pesawat yang hilang secara misteri itu.

Kawasan berkenaan menjadi keutamaan pencarian selepas telah dimuktamadkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (Australian Transport Safety Bureau), sebelum kapal-kapal misi mencari bersama kru dan peralatan sonar yang sensitif bulan depan.

Operasi yang melibatkan kos AUD57 juta dolar Australia (RM162.8 juta) itu bertujuan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China. Penumpang yang berada dalam pesawat berkenaan berjumlah 239 orang dan tidak diketahui status kehidupan mereka.

Imej tiga dimensi memang tidak menunjukkan apa-apa yang kelihatan seperti pesawat atau bahagian dari kapal terbang berkenaan. Namun, data tersebut dianggap penting bagi pencari untuk memastikan peralatan boleh beroperasi dengan selamat.

Kawasan carian MH370 meliputi dasar laut di sekitar Broken Ridge (Ambang Patah), yang merupakan satu kelompok gunung berapi bawah laut yang yang pernah menjadi batas dua plat geologi. Kedua-dua plat merebak berasingan antara 20 hingga 100 juta tahun yang lalu, dengan proses yang sama seperti yang ditemui hari ini di Ridge Mid-Atlantic - yang terbentang dari utara ke selatan di sepanjang Lautan Atlantik, menghalang Benua Eropah dan Afrika dengan benua Amerika. .

"Model 3D menunjukkan ciri dasar laut yang baru ditemui termasuk sisa-sisa gunung berapi bawah laut, gunung yang tingginya hingga 300 meter, dan jurang sehingga kedalaman 1,400 meter," demikian dilaporkan Australian Transport Safety Bureau seperti yang dilaporkan oleh News.com.au pada Jumaat lepas.

"Pengenalan ciri-ciri tersebut akan membantu dalam navigasi selama fasa pencarian di bawah air."

Dilaporkan sebelum ini bahawa Boeing 777-200 ER itu dikendalikan secara autopilot dari lencongan pertama - kemudian MH370 melencong ke selatan melepasi hujung Pulau Sumatera hingga lencongan ketujuh di selatan Hindia Belanda - dan menjadi lokasi paling akhir di mana MH370 didakwa kehabisan bahan api dan mengakibatkan terhempas ke lautan.

Hampir 7 bulan berlalu sejak kehilangan itu, usaha carian MH370 masih percaya dalam zon keutamaan, di mana pesawat yang terakhir disambungkan ke stesen bumi melalui komunikasi satelit.

Apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370, pelbagai teori, spekulasi telah dibuat namun tiada siapa yang tahu dengan pasti. Walau bagaimanapun, pakar-pakar dan pasukan pencari tidak mahu menambah kepada kekeliruan maklumat, sebelum ianya sudah jelas. Ia adalah demi menghormati ahli keluarga mangsa MH370.
Dikuasakan oleh Blogger.