Header Ads

Istana Selangor serah surat watikah pelantikan MB baru hari ini?

Dilaporkan pihak istana Selangor akan menyerahkan surat watikah perlantikan Menteri Besar baru bagi negeri itu hari ini namun nama yang menjadi pilihan Sultan Selangor masih lagi menjadi teka-teki.

Tidak dapat dipastikan samaada Sultan Selangor akan membuat pilihan calon dari Pakatan Rakyat yang telah dihantar oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) atau atas budi bicara sultan.

Namun, ramai menjangkakan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memilih Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai calon MB yang baru berikutan PAS mahu Azmin sebagai calon MB selain bersetuju jawatan diberikan kepada PKR.

Selepas sultan Selangor menolak Presiden PKR dan Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB baru, semua parti dalam PR diminta pihak istana untuk mengesyorkan lebih daripada dua nama calon untuk dibuat pilihan oleh Sultan Selangor.

Kemelut jawatan MB Selangor berlaku selepas diadakan 'langkah Kajang' oleh PKR untuk menukarkan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah sebagai MB Selangor. Namun ianya tidak mendapat persetujuan daripada rakan PR semenjak 'langkah Kajang' diadakan kerana idea 'songsang' itu tidak dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PR terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Komponen PR, PAS walaupun pada akhirnya dilihat bersetuju dengan 'langkah Kajang', namun memberi syarat bukan untuk menukar Khalid Ibrahim. Namun sebaliknya berlaku apabila PKR dilihat membelakangi 'keputusan awal' Majlis Presiden.
Dikuasakan oleh Blogger.