Header Ads

Isu MB: Akar umbi puji tindakan strategik terbaik PAS

Tindakan PAS menghantar 3 nama , 2 dari PKR dan seorang dari PAS amat menepati dengan kehendak 2 pihak yang perlu dihormati, iaitu Istana dan akar umbi PAS. Tidak salah sama sekali tindakan PAS itu, malah inilah tindakan strategik yang terbaik. Ia hanya mungkin salah pada pandangan PKR, DAP dan beberapa kerat AJK PAS Pusat yang telah menyimpang daripada hasrat akar umbi.

Mengapa tak salah? PAS bukan merebut jawatan MB daripada PKR. PAS telah menegaskan beberapa kali bahawa PAS tidak akan menuntut kerusi MB. Kalau PAS sangat berhajat kepada kerusi itu, sudah pasti PAS memberi 3 nama daripada PAS tanpa melibatkan ADUN PKR. Ada kemungkinan Istana mahu salah satu nama itu daripada PAS. Mungkin Istana malah rakyat lebih yakin dengan kejujuran dan prestasi wakil rakyat PAS.

Tidak sepatutnya pula PKR dan DAP gempar dan menikam PAS sekali lagi sekiranya tetiba Istana memperkenankan wakil PAS untuk memimpin Selangor. Bukankah yang penting ialah PR memerintah Selangor? Bukankah PAS sebahagian dari komponen PR? Kalau PKR dan DAP boleh menghormati dan bersama-sama DS Nizar Jamaluddin untuk mentadbir Perak, sudah tentu PKR dan DAP yang berjiwa besar boleh bersama PAS untuk menokhtahkan kemelut Selangor. Kerja gilalah sekiranya PKR dan DAP tak habis-habis memelaratkan keadaan sehingga memaksakan pilihanraya semula diadakan. Kalau ini terjadi, penulis yakin ‘ayam terlepas tangan berbau najis.

Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan PAS ini.Yang buat kecoh tak habis-habis orang yang sama sahaja. Mereka guna pula Malaysiakini, The Malaysian Insider dan talibarut mereka. Mereka akan guna peluang ini untuk terus memburuk-burukkan Presiden, SU Agong dan golongan Pro-ulama. Biarlah mereka dengan perancangan mereka. Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang ialah Allah s.w.t.

Konklusinya, pencalonan wakil PAS amat membanggakan kami ahli akar umbi. Kami berharap , akur dan hormat sekiranya pihak Istana memilih wakil dari PKR menjadi MB Selangor. Kami masih ada rasa hormat dan toleransi kepada rakan Pakatan kami. Kami tetap berharap PR terus kukuh. Namun dalam masa yang sama, kami juga ada harga diri. Kami bertolak ansur, tetapi bukan sikap kami untuk tolak ansur-ansur.

Tahniah untuk PAS. Kami ahli akar umbi solid mempertahankan keputusan pimpinan. Jangan gentar dengan celaan. Jangan gentar dengan fitnah. Jangan gentar dengan nakhoda-nakhoda jelmaan. Urusan mereka akan disempurnakan ketika muktamar nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.