Header Ads

Jangan rasa diri kuat, boleh sanggah perjuangan

Sepanjang perjalanan PAS sejak ditubuhkan sehingga kini, denai yang diikuti adalah penuh dengan ujian dan sarat dengan pengalaman.

"Kita bermula daripada sifar, kita pernah menjadi pembangkang paling sedikit jumlahnya, kita pernah menjadi kuat, kita pernah menyertai kerajaan pusat dan kita juga sedang memerintah kerajaan negeri," ujar Preiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang bertemakan 'Terus Beristiqamah' dekat sini, pagi ini.

Jelas beliau, PAS pernah bersendirian dan bertahaaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan.

"Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata," katanya.

Beliau menegaskan, hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita.

"Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak bijak tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita," ujarnya disambut laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.

Sepanjang perjalanan perjuangan ini juga, katanya ada di kalangan ahli yang hidup selesa dengan kegiatan parti yang menggembirakan kerana bersama pengikut yang ramai, dan organisasi jamaah yang baik dan kuat.

Tambahnya, ada pula ahli yang disisihkan di tengah masyarakat paling jahil dan zalim terhadapnya, cawangannya lemah atau tanpa cawangan.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.