Header Ads

Jangan sampai ada dua, tiga presiden

Ahli PAS di semua peringkat perlu memberikan hak kepada pimpinan tertinggi parti khususnya Presiden, Majlis Syura dan PAS Pusat, untuk memimpin parti.

Gesaan itu dinyatakan perwakilan Dewan Ulamak dari Kedah, Ustaz Ahmad Yahya ketika membahaskan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.

Bagaimanapun Ahmad dalam nada sinis berkata, dalam memberi hak itu jangan pula sampai berlaku seolah-olah wujud dua atau lebih presiden.

"Kita beri hak kepada Presiden, tapi jangan ada dua, tiga presiden. Sukar nanti untuk dia mempimpin.

"Kita beri hak kepada pesuruhjaya negeri, tapi jangan ada dua atau tuga pesuruhjaya negeri.

"Saya yakin jika diberi hak kepada pemimpin mereka dapat memimpin dengan baik," katanya di Muktamar Dewan Ulamak PAS ke-53 yang berlangsung di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini.

Terdahulu beliau mengingatkan bahawa ruang demokrasi dalam PAS sentiasa terbuka untuk ahli menyarakan pandangan.

Bagaimanapun ujar Ahmad, ianya perlu digunakan dengan berkahlak dan jangan sampai menghina, memperlekeh pimpinan sehingga menjadi pecah belah.

Apa yang penting ketika ini ujarnya, PAS perlu terus melangkah ke hadapan dengan segala cabaran yang mendatang dan bukan tersekat dengan perbalahan dalaman.

Menurutnya, cabaran paling dekat adalah Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor manakala dan seterusnya Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Kita perlu lihat ke hadapan, bukan lagi sibuk berkelahi dan berbalah," katanya.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.