Header Ads

Keputusan Piala Malaysia 3 September 2014

Aksi terakhir peringkat kumpulan B dan D saingan Piala Malaysia musim 2014 telah berlangsung awal malam tadi bagi menentukan pasukan yang layak ke pusingan suku akhir.

Bagi aksi malam ini, untuk kumpulan B, Kedah dan Terengganu layak ke suku akhir manakala kumpulan D, PDRM dan Selangor turut layak.

Keempat-empat pasukan yang layak pada perlawanan malam tadi akan mengiringi pasukan Felda United dan Pahang dari kumpulan A; JDT dan Kelantan dari kumpulan C yang sudah pun layak lebih awal kelmarin.

Berikut adalah keputusan penuh beserta penjaring gol bagi perlawanan pada 3 September 2014:

KUMPULAN B

Kedah [2] vs [0] Perak
73′ Billy Mehmet (KED)
75′ Baddrol Bakhtiar (KED)

Terengganu [0] vs [0] Sarawak


KUMPULAN D

PDRM 3 - 1 Sime Darby
7′ Mateo Roskam (SDA)
23′ Ali Ashfaq (PDRM)
81′ Chad Souza (PDRM)
90′ Bobby Gonzales(PDRM)

Selangor [1] vs [0] T-Team
26′ Paulo Rangel (SEL)
Dikuasakan oleh Blogger.