Header Ads

Kontroversi jersi "telanjang" pasukan lumba basikal wanita

Pasukan lumba basikal wanita dari Colombia menjadi tumpuan dan perhatian ramai, namun ianya bukan berkaitan kemahiran aksi berbasikal mereka tetapi kontroversi jersi pasukan mereka ketika menyertai Tour of Tuscany, minggu lepas.

Pasukan lumba basikal berkenaan menjadi perhatian selepas warna pada jersi mereka itu kelihatan seperti warna kulit pada bahagian sekitar perut dan pangkal paha sehingga kelihatan seolah-olah seperti telanjang. Ramai sedar bahawa mereka telah menjadi mangsa fesyen yang sangat memalukan.

Dalam sejumlah foto yang di posting di Twitter, jelas pada bahagian itu kelihatan seperti "telanjang" dan ia tampak lebih jelas akibat pencahayaan lampu yang buruk.

Keadaan itu kemudiannya membuatkan ramai pengguna Twitter memberi komen, seperti "jersey penunggang basikal wanita Colombia secara tidak sengaja mirip faraj" dan "seragam terburuk yang pernah ada."

Yang lain memberi komen tentang kesan reka bentuk yang menonjolkan pada bahagian sulit berkenaan, dan mempersoalkan sama ada pasukan basikal lelaki turut mempunyai jersi berbentuk sama.

Pasukan basikal tersebut mendapat sokongan Kementerian Sukan Colombia dan ditaja bandaraya Bogota. Namun, siapa yang mempunyai idea membuat jersi pelik tersebut masih menjadi tanda tanya.

Yang pasti, Presiden International Cycling Union, Brian Cookson berkata, jersi pasukan basikal wanita Colombia itu tidak dapat diterima.

"Hal itu tidak boleh diterima berdasarkan standard kesopanan," kata Cookson.

Nicole Cooke, bekas juara basikal Olimpik, juga mengulas, "Hal itu telah mengubah sukan (lumba basikal) menjadi bahan jenaka."
Dikuasakan oleh Blogger.