Header Ads

Mahmud Abbas ugut berpisah dengan Hamas

Presiden Palestin Mahmud Abbas mengugut untuk memutuskan hubungan 'kerajaan perpaduan' dengan Hamas jika gerakan itu tidak membenarkan pasukannya turut mentadbir di semenanjung Gaza.

"Kami tidak akan menerima perkongsian (dengan Hamas) jika keadaan terus seperti ini di Gaza, di mana ada pemerintahan bayangan (belakang tabir) terdiri daripada 27 timbalan menteri yang mentadbir wilayah ini," kata Abbas seperti dipetik dari agensi berita AFP.

Presidan juga menegaskan bahawa wilayah itu harus dikendalikan oleh satu pentadbiran sahaja.

Ketika ini, wilayah Gaza sedang berdepan usaha memulihkan kembali dari peperangan selama 50 hari berdepan regim Israel yang telah mengorbankan lebih 2,100 penduduk Palestin, sebahagian besarnya adalah penduduk awam. Manakala 66 tentera zionis turut terbunuh dan tujuh penduduk awam Israel.
Dikuasakan oleh Blogger.