Header Ads

Man United perlu bayar RM2.6 juta seminggu jika mahu Ronaldo kembali

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengakui akan menuntut gaji yang tinggi jika dirinya mahu kembali ke Old Trafford bersama bekas kelabnya, Manchester United.

Dengan pengakuan Ronaldo itu, pengurusan 'Red Devil' kelihatan tertarik dan cuba menggerakkan usaha untuk kembali mendapatkan bekas bintangnya itu dari Madrid.

Dilaporkan pengurusan MU bersedia dengan dana 80 juta pound (RM422 juta) untuk membawa pulang bintang itu dari Real Madrid.

Bukan sekadar itu, pengurusan MU juga bersedia menawarkan gaji 300 ribu pound (RM1.6 juta) seminggu kepada pemain kebangsaan Portugal berkenaan jika mahu menyertai MU.

Namun, penyerang berusia 29 tahun itu dilaporkan media meminta gaji yang lebih tinggi. Ronaldo mahu gaji sebanyak 500 ribu pound (RM2.6 juta) seminggu.

Bermakna Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro mahu gaji sebanyak 26 juta pound (RM137 juta) setahun.

Ronaldo pernah bermain dengan MU pada tahun 2003 hingga 2009. Enam musim bersama Manchester United, Ronaldo membantu bekas kelabnya itu dengan merangkul tiga gelaran juara Liga Premier (EPL), satu gelaran Liga Juara-Juara dan satu trofi Piala FA.
Dikuasakan oleh Blogger.