Header Ads

MB baru: PAS junjung titah Tuanku Sultan

Mohd Khairuddin
PAS Selangor menjunjung titah Tuanku Sultan Selangor apabila menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pas Selangor bersama seluruh ahlinya menyatakan kesediaan untuk sama-sama membantu menteri besar meneruskan kecemerlangan  Selangor serta meningkatkan kebajikan rakyatnya.

Pas merakamkam ucapkan setinggi tahniah kepada Mohamed Azmin dan kita doakan supaya beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Pas Selangor berharap dengan perlantikan ini maka berakhirnya episod krisis politik, yang telah menganggu pentadbiran negeri.Kepada rakan-rakan kita, mari kita akhiri krisis ini dan kita maju ke hadapan.

Kita juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas usaha dan jasa yang telah ditinggalkan kepada rakyat Selangor.

Semoga Selangor terus menjadi negeri berkebajikan yang di rahmati ALLAH sentiasa.

MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
Setiausaha Pas Selangor
22 September 2014
Dikuasakan oleh Blogger.