Header Ads

Menantu Osama dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Mahkamah New York menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas menantu pengasas al-Qaeda Osama bin Laden atas dakwaan melakukan pelbagai keganasan.

Bekas jurucakap Al-Qaeda, Sulaiman Abu Ghaith, 48, adalah pegawai tertinggi al-Qaeda yang dibicara di Amerika sejak serangan 11 September 2001.

Abu Ghaith yang berwarganegara Kuwait itu ditahan di Jordan pada tahun lalu dan dihantar ke Amerika untuk dibicara.

Mac lalu, para pendakwa di mahkamah menyatakan Abu Ghaith bersalah berkomplot membunuh warga AS dan membantu al-Qaeda. Demikian menurut laporan oleh BBC hari ini.

Dalam pernyataan pendakwaan ke atas Abu Gaith, hakim Lewis Kaplan berkata, "kamu bertekad untuk melakukan apa pun yang boleh dilakukan dalam menjalankan agenda al-Qaeda untuk membunuh warga Amerika."
Dikuasakan oleh Blogger.