Header Ads

MP PAS Temerloh diberi penghormatan lancar Proton Iriz

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan hari ini diberi penghormatan melancarkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz di cawangan Proton Temerloh pagi ini.

Nasruddin dengan berjubah dan serban membuat pelancaran model kereta jenis kompak itu kira-kira jam 11.45 pagi ini dengan turut membacakan doa selamat.

Produk baru Proton yang berkonsepkan hatchback itu dilancar serentak seluruh negara hari ini.

Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna.

Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.
Dikuasakan oleh Blogger.