Header Ads

Nak politik Islam, calon Umno undi lambang bulan

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu semua pengundi Pengkalan Kubor pulang menunaikan tanggungjawab mereka biar pun tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Saya walau pun tidak berapa sihat tetapi mengagahkan diri untuk turun berkempen di sini (Pengkalan Kubor).

Oleh itu saya berharap kepada semua pengundi keluar mengundi walau pun berada di tempat yang jauh.

“Kalau tak boleh naik kereta, jalan kaki yang penting balik mengundi pada 25 September ini,” katanya ditemui semasa melawat Markas Besar PAS Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, pada rabu lepas.

Kedatangannya disambut Pengarah Operasi PAS Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad dan petugas Markas Besar PAS.

Beliau juga mendengar taklimat mengenai perkembangan kempen pilihan raya tersebut disampaikan Wan Abdul Rahim.

Ujarnya lagi apabila balik mengundi nanti pastikan pengundi mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

“Sekarang sudah terbukti pengaruh gerakan Islam semakin kuat sehinggakan calon dari Umno turut memakai serban untuk menunjukan ciri-ciri keislamannya.

“Kalau boleh biar calon Umno pun undi lambang bulan juga sebab dia nakkan politik Islam,” ujarnya sambil berseloroh.
Dikuasakan oleh Blogger.