Header Ads

PAS berdepan pertandingan 3 penjuru di PRK Pengkalan Kubor

PAS berdepan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 Pengakalan Kubor seperti diumumkan calon-calon yang sah bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli dalam proses penamaan calon yang berlangsung jam 9 pagi tadi.

Pada jam 10.20 pagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Wan Rosdi Wan Ibrahim akan ditentang oleh Mat Razi Mat Ail (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, allahyarham Noor Zahidi merupakan calon BN, mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Namun dalam PRK ini, kerusi N.01 kembali diserahkan oleh PKR kepada PAS yang dilihat mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan berkenaan untuk kembali berpeluang cerah merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi PAS itu.

Untuk PRK, SPR telah menetapkan tarikh pengundian bagi Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal pada 21 September.

Calon PAS dikenali masyarakat

Calon PAS, Wan Rosdi merupakan Setiausaha PAS Tumpat dan juga sebagai Penyelia Dun kawasan berkenaan sejak 2009 dan begitu rapat dengan masyarakat.

Wan Rosdi diumumkan sebagai calon pilihan PR oleh Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Bekas calon PKR bagi dun berkenaan iaiti Ketua Cabang PKR Tumpat, Shaharun Ibrahim telah berikrar beliau bersama partinya akan berdiri teguh di belakang calon PAS yang bertanding kali ini dalam misi merampas Dun berkenaan daripada Umno.
Dikuasakan oleh Blogger.