Header Ads

PAS komited bangunkan ekonomi ikut acuan Islam

PAS istiqamah untuk membangunkan sebuah sistem ekonomi berteraskan khazanah Islam yang sangat luas sehingga dapat memobilisasi sumber kekayaan negara dengan baik.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kekayaan negara diagihkan dengan menggunakan modal insan yang terlatih dan berakhlak sehingga lahirnya kemakmuran dalam negara dan kesejahteraan rakyat.

Berucap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 minggu lepas, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengulangi bahawa PAS juga istiqamah dalam mendukungi matlamat membangunkan sebuah Negara Berkebajikan yang bakal melahirkan suasana kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat.

"PAS sekaligus komited berusaha membanteras kewujudan jurang kaya miskin yang semakin melebar serta pembolokan kekayaan negara oleh segelintir manusia akibat dari amalan memanipulasi pasaran," katanya dihadapan hampir 5,000 termasuk perwakilan dan pemerhati.

Batal GST

PAS juga mendesak supaya kerajaan membatalkan pelaksanaan GST kerana sistem ekonomi Malaysia dan suasana mikro dan makro ekonomi Malaysia masih tidak bersedia untuk GST.

"Kita mahu sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana berbanding yang sangat kaya," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.