Header Ads

Pemuda sebulat suara sokong Presiden dan Majlis Syura

Muktamar Pemuda PAS Malaysia hari ini menerima usul tergempar yang dikemukakan perwakilan dari Klang, Abdul Muis Muhamad berhubung sokongan kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU).

‎Abdul Muis dalam ucapannya menegaskan menjadi tanggungjawab kepada seluruh Pemuda PAS untuk menyokong penuh Presiden dan MSU.

"Kita perlu kembali kepada perjuangan asal, iaitu menjadi benteng dan hulubalang kepada Presiden dan MSU.

"Apa yang berlaku sekarang amat dikesali apabila ada pihak dan individu yang melangkaui batasan dengan menentang secara terbuka Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga majlis tertinggi di dalam PAS (MSU)," ucap beliau.

Jelas Abdul Muis lagi, Pemuda perlu membuktikan ketaatan mereka terhadap kepimpinan Presiden dan MSU.

"Kenapa saya kemukakan usul ini kerana dalam situasi sekarang apabila Presiden mengeluarkan kenyataan, akan ada mereka yang mengeluarkan pendapat bertentangan.

"Apa perlu kita mengatakan kebersamaan kita bersama Presiden sedangkan dalam masa yng sama kita keluarkan kenyataan bertentangan dengannya.

"Dalam situasi sekarang Presiden adalah ketua kita, MSU merupakan majlis tertinggi, jadi kita kena bersama-sama dengan kepimpinan dengn prinsip asal Pemuda," katanya.‎

Beliau yang kesal apabila terdapat ahli PAS yang mempertikaikan sesetengah pihak yang dilihat membela Tuan Guru Abdul Hadi terutamanya membabit isu krisis di Selangor.

"Kita perlu konsisten mempertahankan kepimpinan Presiden dan MSU.

"Kita perlu bersama-sama menjadi penghalang kepada mereka yang cuba menyerang Presiden termasuk parti ini.

"Kita kembali kepada asal dan perkukuhkan prinsip yang telah dibina selama ini," sambung beliau.‎

Sementara itu, perwakilan dari Wangsa Maju turut menyokong usul yang dibawa perwakilan Klang, namun ia perlu diubah akan sokongan perlu diberikan kepada keseluruhan barisan kepimpinan PAS Pusat.

Muktamar Pemuda PAS hari ini menerima usul tersebut dengan pindaan

Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ketereh telah mengemukakan usul yang diterima tanpa bahas yang meminta semua pihak dalam Pemuda PAS Malaysia mengusulkan supaya semua pihak dalam Pemuda PAS dipelbagai peringkat memberi sokongan terbuka dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan Tuan Guru Presiden untuk mengemudi bahtera PAS.

Terdapat dua usul tergempar yang dikemukakan pada muktamar petang tadi, namun satu daripada usul tersebut ditarik balik.
Dikuasakan oleh Blogger.