Header Ads

Perlawanan persahabatan pun disabotaj?

Harimau Malaya terpaksa melakukan sesi latihan di stadium tanpa cahaya buat seketika di Surabaya sebelum perlawanan persahabatan menentang Indonesia esok.

Skuad kendalian Dollah Salleh yang memulakan sesi latihan pada jam enam petang (waktu Malaysia) terpaksa dilewatkan 30 minit, atas permintaan jurulatih skuad Garuda Alfred Riedl.

Stadium kemudiannya secara tiba-tiba gelap beberapa minit selepas pemain memulakan latihan yang dikaitkan sebagai muslihat pihak tuan rumah untuk menggugat persiapan Harimau Malaya namun Dollah tidak mengambil serius mengenai isu ini.

"Ini bukan masalah buat kami, perkara sebegini secara tidak langsung sering berlaku kepada mana-mana pasukan." ujar beliau.

Kecergasan tonggak jentera pertahanan Mohd Muslim Ahmad merupakan kerisauan utama bekas jurulatih PDRM itu.

"Muslim mengalami kecederaan otot ketika sesi latihan berlangsung dan saya berharap dia akan cergas untuk perlawanan ini."

Perlawananan persahabatan Malaysia menentang Indonesia akan bermula pada jam enam petang dan bersiaran langsung di Astro Arena Saluran 801.

Dikuasakan oleh Blogger.