Header Ads

PRK P. Kubor: Puluhan penunggang motosikal pikul 'habuan' dari rumah Umno

Mungkin bagi kerajaan Umno-BN, rasuah hanya salah apabila ianya dilakukan oleh pegawai-pegawai rendah kerajaan, penguatkuasa atau rakyat biasa yang kehidupan mereka hanya menunggu gaji setiap bulan untuk menyara diri dan keluarga.

Namun, jika pemimpin besar atau menteri yang datang 'melabur' wang ringgit demi mendapat satu undi di musim pilihanraya diikira tidak salah. Walaupun berkali-kali ia dilaporkan sebagai kesalahan dalam pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun seolah-olah sudah ada 'jaminan' dari pihak-pihak tertentu untuk 'menghalalkan' tindakan mereka itu.

Dipetik dari laman Facebook Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari menulis, puluhan penunggang motosikal sedang membawa ketuhar berjenama Pensonic.

"Kelihatan puluhan penunggang motosikal membawa ketuhar jenama Pensonic," tulis Ahmad Fadhli.

Menurut Ahmad Fadhli, para penunggang bersama ketuhar sempat dirakam gambar kelibat mereka itu berhampiran rumah Umno Pahang.

"..gambar-gambar yang sempat dirakam berhampiran rumah (petugas) Umno (dari) Pahang di UPU Ketil, Pengkalan Kubor pagi ini," tulis Ahmad Fadhli dalam Facebooknya.

Kelibat penunggang motosikal itu didakwa berlaku sekitar jam 10.30 pagi hingga 11.15 pagi, hampir satu jam mereka mengusung barang yang sama dengan serentak.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kelantan itu lagi, tidak mungkin semuanya membeli serentak. Sindir Ahmad Fadhli, murah hati sungguh siapa yang mengagihkan ketuhar-ketuhar ini.

WarkahDaily mendapati gambar berkenaan sudah menjadi 'viral' kebanyakan wall di laman sosial dengan pelbagai sindiran perlakuan 'rasuah' yang jelas telah menjadi budaya Umno bila tiba musim pilihanraya.

Begitu hina rakyat telah diperlakukan oleh pemimpin Umno sehingga memberi nilai rakyat dengan hanya sebuah ketuhar bagi 'membalas' undi rakyat kepada mereka.

Menurut AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor dalam Facebooknya, nilai undi rakyat adalah rasuah.

Ianya berikutan tersebarnya gambar ramai penunggang motosikal berbondong-bondong membawa 'upah' selepas membuang undi di PRK Pengkalan Kubor.
Dikuasakan oleh Blogger.