Header Ads

Proton Iriz ke pasaran Eropah

Proton Iriz dijangka akan dipasarkan ke Eropah menjelang Mac 2015.
Proton Holdings Bhd menyasarkan kereta kompak Proton, Iriz akan menembusi pasaran Eropah dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, bagi mencapai sasaran itu, Proton sedang membangunkan model Iriz panduan kiri bagi memenuhi keperluan eksport tersebut.

"Kami akan pasarkan ke Eropah, sudah tentu ia akan bermula di pasaran panduan kanan dan kemudian kami akan bangunkan model Iriz dengan panduan kiri bersama dengan keperluan pasaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan prototaip terbaharu Proton yang dikenali Iriz Active di sini pada Ahad.

Munurut bekas Perdana Menteri itu, Iriz Active akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Iriz Active dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk sistem brek kecemasan berautonomi (Adas).

Baru-baru ini Proton melancarkan model Iriz yang disebut-sebut sebagai kereta terbaik dihasilkan oleh syarikat itu setakat ini.

Iriz dipasang dengan enjin Pemasaan Injap Berubah empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 selain penarafan keselamatan 5-bintang Program Penilaian Kereta Baharu Asean.

Kereta itu yang dijual pada harga daripada RM42,438 ke RM58,268, dilengkapi ciri-ciri yang lazim terdapat dalam kereta mewah atau jenama antarabangsa berharga lebih RM100,000.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.