Header Ads

Rafizi masih membisu

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

Dalam kenyataan semasa forum soal jawab di Dewan Tok Guru sebelahan Masjid Rusila, Marang, Terengganu Presiden PAS“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini.

"Hanipa Maidin juga enggan mengulas perkara ini.

Sebelum ini Forum "Krisis Selangor : Pakatan Rakyat Berpecah" di KLSCAH telah menjadi medan membelasah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Presiden PAS. Antara ahli panel forum yang membelasah presiden PAS termasuk YB. Hanipa Maidin (PAS), YB. Rafizi Ramli (PKR) dan Hisyamudin Rais.

Rafizi Ramli membuat kenyataan dalam forum berkenaan "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar."

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.

Mengejutkan semua yang hadir, Rafizi mendedahkan itulah sebabnya PKR segera mengambil Langkah Kajang pada awal tahun ini tanpa membincangkannya terlebih dulu dengan parti Islam itu.

PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Sikap Rafizi Ramli yang enggan mengulas dan membisu dalam isu perjumpaan Tengku Razaleigh (Ku Li) membuatkan ramai beranggapan bahawa pembocoran Strategi LANGKAH KAJANG sebelum ini adalah benar.

Manakala penyokong PAS pula masih marahkan kepada Hanipa Maidin yang ada dalam forum berkenaan tidak membela Presiden dan PAS malah sekongkol dengan Rafizi Ramli mengutuk Presiden sendiri.

Ramai yang kesal singkap Hanipa Maidin yang lebih utama maklumat musuh daripada maklumat Presiden sendiri. Sikap yang sentiasa ingin melawan Presiden akan membuatkan Hanipa sendiri tidak akan cuba mendapat maklumat benar, kata mereka.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.