Sambut Aidiladha 5 Oktober
Umat Islam negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 5 Oktober, demikian menurut pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Rabu malam.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 Sept 2014 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Okt 2014," kata Syed Danial semasa membuat pengumuman.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).-bernama

Post a Comment