Header Ads

Samsung perkenal jam pintar dengan sokongan kad-SIM

Samsung memperkenalkan satu lagi jam tangan pintar baharu, Gear S.

Menariknya peranti ini boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada perantinya. Ia sekali gus membolehkan pengguna menyertakan kad-SIM pada jam tangan ini.

Gear S turut memiliki skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, beserta tali jam tangan boleh diubah. Sokongan S-Voice juga disertakan pada peranti ini selain perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running.

Pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi.

Bersama-sama Gear S, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle, fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu.

Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan ke pasaran global bermula Oktober ini. - Sumber rujukan: Samsung

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.