Header Ads

Sukan Asia 2014: Wushu wanita sumbang pingat emas pertama negara

Atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen mencipta kejutan apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan Asia ke-17 di Gimnasium Ganghwa Dolmens, dekat Incheon, hari ini.

Kehadiran juara dunia Wei Hong dari China ternyata tidak menggugat konsentrasi dan semangat Cheau Xuen untuk memperagakan aksi cemerlang dalam acara gabungan Nanquan/Nandao.

Atlet berusia 24 tahun itu, yang merangkul pingat gangsa pada edisi 2010 di Guangzhou, China, mengumpul markah tertinggi iaitu 19.23 mata untuk meraih emas, sekali gus menyingkirkan dua pencabar terdekat iaitu Juwita Niza Wasni dari Indonesia dan Wei Hong.

Juwita Niza merangkul pingat perak dengan ketinggalan 0.04 mata manakala Wei Hong meraih pingat gangsa dengan kutipan 19.15 mata.
Dikuasakan oleh Blogger.