Header Ads

TG Hadi hadiri mesyuarat pertama Kesatuan Ulama Sedunia di Qatar

Sejurus selesai ucapan penangguhan muktamar PAS kali ke-60 di Batu Pahat, Johor, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bergegas ke KLIA untuk penerbangan ke Doha bagi menghadiri satu perjumpaan Anggota Kesatuan Ulama Sedunia di Qatar, kelmarin.

Presiden PAS itu menghadiri mesyuarat pertama selepas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia.

Beliau ke Doha bagi menghadiri satu mesyuarat penyelarasan bersama kepimpinan Kesatuan Ulama Sedunia berkaitan isu-isu semasa ummah di ibu pejabat kesatuan itu di Qatar, lapor laman rasmi kesatuan itu.

Tuan Guru Abdul Hadi telah pun dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia oleh presiden kesatuan itu, Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, pada Ogos lepas.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan menyandang jawatan dalam kesatuan yang berpangkalan di Doha, Qatar itu.

Selain Tuan Guru Abdul Hadi, Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman turut dilantik sebagai naib Presiden bersama.-warkahdaily
Dikuasakan oleh Blogger.