Header Ads

[Video] Canggih! BMW M235i Coupe tidak perlu pemandu untuk drift

Pernah anda terfikir 'mood' ketika memandu kereta dalam sebuah perjalanan yang jauh, memang ianya sungguh membosankan. Kini dengan teknologi canggih sistem komputer dan GPS, perasaan itu mungkin tidak lagi menghantui anda.

[Tonton video berkaitan di bawah artikel]

Kini, kehadiran teknologi terbaru BMW, senario itu tidak lagi menjadi mimpi buruk buat pemandu yang sering kali 'travel' untuk perjalanan yang jauh. Ia bukan lagi mimpi untuk kita percaya, bahkan ia sudah menjadi realiti. Namun belum diketahui, bilakah ianya akan menembusi pasaran sebenar dunia automotif.

BMW telah mendedahkan sistem teknologi 'pembantu pemandu autonomous', sistem baru yang berupaya mengendalikan kereta dalam pelbagai situasi pemanduan yang berbeza, bahkan mampu melakukan pemanduan 'drift' di litar tanpa sebarang mendorong atau input daripada pemandu.

Itu semua sebahagian daripada pelbagai teknologi baru yang ditunjukkan oleh pembuat kereta Jerman itu di Pameran Antarabangsa CES di Las Vegas.

Dengan teknologi ini, anda tidak lagi bosan dengan perjalanan yang jauh ketika 'memandu' kerana anda boleh bermain dengan smartphone tanpa ada gangguan, anda boleh memeriksa e-mel ketika kereta meluncur laju ke destinasi, anda tidak berdepan masalah untuk mengemas kini laman Facebook anda ketika kereta anda memecut lebih 100 mph.

Teknologi ini dilaporkan akan dipasang pada versi prototaip, M235i Coupe tidak lama lagi selepas ianya diperkenalkan. Sistem canggih ini telah dibangunkan oleh bahagian Teknikal BMW di Munich, Jerman sebagai sebahagian daripada program yang bertujuan untuk membuat kereta 'autonomous' sepenuhnya pada akhir dekad ini, apabila berlakunya perubahan perundangan terhadap penggunaan sistem berkenaan yang berkait dengan undang-undang jalan raya di seluruh dunia bagi membolehkan teknologi itu diperkenalkan untuk kereta pengeluaran biasa.

Menurut BMW, sistem berkenaan menggunakan teknologi GPS yang digunakan dalam sistem peluru berpandu yang terkini dan juga keadaan radar sonar canggih, teknologi terbaru BMW 'pembantu sistem memandu autonomous' ini mampu sepenuhnya dalam membuat keputusan terhadap proses memandu, mengendalikan pecutan, kendalian stereng dan juga brek tanpa perlu kepada pemandu.

Video berkaitan kereta BMW dengan teknologi pemanduan autonomous (pemanduan sendiri)

Dikuasakan oleh Blogger.